Pembubaran DUN Johor dibuat pada waktu yang tepat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said/foto BERNAMA

KOTA TINGGI, 2 Jun – Pembubaran Dewan Negeri Johor dibuat pada waktu yang tepat ketika negeri itu berada pada tahap paling kukuh dari pelbagai aspek.

RINGKASAN BERITA AI
  • PRN Johor perlu dijalankan secara matang dan berteraskan prinsip demokrasi.
  • Pengundi dan parti dinasihat elakkan kekasaran serta sebarang masalah sepanjang pilihan raya.
  • Aspek undang-undang penting, semua pihak mesti mematuhi adab dan batas pilihan raya.
  • Azalina menyerahkan kepada kepimpinan BN Johor untuk menilai dan memuktamadkan senarai calon.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor juga perlu berlangsung dalam suasana matang serta berteraskan prinsip demokrasi.

“Saya lihat dan ingin menekankan bahawa dalam pilihan raya negeri ini, kita perlu memberi perhatian kepada elemen demokrasi.

“Janganlah berlaku kekasaran atau timbul sebarang masalah kerana kita merupakan masyarakat yang matang. Dari segi undang-undang, kita perlu mengetahui adab dan batas dalam pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyerahkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) Johor untuk menilai dan memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding pada PRN Johor kali ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI 3.0 anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri di Balai Raya Kampung Tanjung Serindit, Ladang Sungai Papan, Kota Tinggi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.