Hoki Piala Asia : Skuad hoki B-18 negara mara ke separuh akhir

Foto FB Malaysian Hockey Confederation

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Skuad hoki lelaki bawah 18 tahun (B-18) negara mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Asia B-18 2026 selepas menewaskan China 3-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Kakamigahara, Jepun, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan selepas perlawanan sengit.
  • Dheeressh Gunaseelan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-41.
  • Ahmad Idham Fikri Mohd Rizal menjaringkan gol padang tiga minit kemudian.
  • Harieq Hadief Mohd Fariq menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-57.

Berdepan tentangan sengit pada separuh masa pertama yang berakhir tanpa jaringan, anak buah Mohd Harfizi Baharom akhirnya memecahkan kebuntuan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Dheeressh Gunaseelan pada minit ke-41.

Malaysia kemudian menggandakan kelebihan menerusi jaringan padang Ahmad Idham Fikri Mohd Rizal tiga minit kemudian untuk mengukuhkan kedudukan.

China cuba bangkit mencari gol namun benteng pertahanan negara berjaya mengekang setiap asakan yang dilancarkan.

Harieq Hadief Mohd Fariq memastikan kemenangan bergaya Malaysia apabila menyempurnakan satu lagi pukulan sudut penalti pada minit ke-57 untuk melengkapkan kemenangan 3-0.

Keputusan itu sekali gus mengesahkan kemaraan skuad muda negara ke separuh akhir selaku antara dua pasukan terbaik Kumpulan B.

Malaysia kini menanti lawan di separuh akhir sama ada India atau Korea Selatan dalam usaha memburu tiket ke pentas akhir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.