Korban di Gaza cecah 72,562

Foto REUTERS

GAZA, 23 April –Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 72,562 orang, manakala 172,320 lagi cedera sejak konflik antara Palestin dan Israel tercetus pada 7 Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dalam tempoh 24 jam, dua individu terkorban dan empat cedera dibawa ke hospital di Gaza.
  • Sejak perjanjian gencatan senjata Oktober tahun lalu, 786 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dan 2,217 lagi cedera.
  • Maklumat itu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan Gaza dan dilaporkan oleh agensi berita REUTERS.

Pihak berkuasa itu berkata, dalam tempoh 24 jam lalu, dua individu terkorban dan empat lagi cedera telah dibawa ke hospital di Gaza.

Sejak perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel berkuat kuasa pada Oktober tahun lalu, sejumlah 786 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dan 2,217 lagi cedera, menurut data pihak berkuasa berkenaan. – REUTERS