(Ahmad Samsuri ketika berucap pada sambutan Hari Wanita peringkat negeri 2022 hari ini)
KUALA TERENGGANU, 27 April - Terengganu bersetuju untuk memberikan cuti peristiwa pada 5 Mei ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Menurutnya, pengumuman cuti kelepasan am berkenaan memberi peluang kepada rakyat terutama golongan penjawat awam untuk berhari raya lebih lama bersama ahli keluarga dan saudara masing-masing.
"Sekiranya Aidilfitri jatuh pada hari Selasa 3 Mei, untuk memudahkan kerana Rabu Hari Raya kedua juga cuti dan Khamis sehari yang tersepit di situ. Jumaat sudah cuti di negeri Terengganu maka untuk memberi kemudahan dalam kalangan yang bekerja di sektor perkhidmatan kerajaan dan juga GLC di Terengganu," katanya.
(Ahmad Samsuri)
Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Wanita peringkat negeri 2022 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Program dihadiri lebih 500 peserta seluruh negeri.