
WASHINGTON, 23 Julai – Bank Dunia memberi amaran ketegangan yang memuncak antara Amerika Syarikat dan Iran berkemungkinan mendorong kenaikan inflasi dan kadar faedah, sekali gus memperlahankan pertumbuhan ekonomi global kepada 1.3 peratus.
- Ketegangan AS dan Iran dijangka memburukkan ketidakjaminan bekalan makanan dan mencetuskan kesan berantai ke atas ekonomi global.
- Senario terburuk konflik berlarutan enam bulan atau lebih kini hampir menjadi kenyataan.
- Kenaikan inflasi boleh memaksa kadar faedah naik dan meningkatkan risiko gagal bayar bagi negara berhutang tinggi.
Senario terburuk, iaitu menggandaikan konflik berlarutan selama enam bulan atau lebih, kini hampir menjadi kenyataan.
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan, Indermit Gill berkata impak daripada konflik itu dijangka memburukkan lagi isu ketidakjaminan bekalan makanan serta mencetuskan kesan berantai terhadap ekonomi global.
Gill turut memberi amaran sekiranya inflasi terus meningkat, negara-negara yang mempunyai beban hutang tinggi berdepan risiko masalah pembayaran balik hutang dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Bank Dunia dalam laporan unjuran ekonomi Jun lepas, mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global memperlahan kepada 2.5 peratus pada 2026.-CCTV