fb fb fb fb fb

Sukarelawan Pahang gerakkan misi bantuan banjir ke Baling, Kedah

KUANTAN, 7 Julai- Seramai lebih 120 orang sukarelawan dengan kerjasama Majlis Tindakan Sosial Pahang bersama badan bukan kerajaan (NGO) menggerakkan misi bantuan banjir ke Baling, Kedah yang teruk terjejas akibat bencana itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, RM60,000 disumbangkan bagi bantuan berupa bekalan makanan, perubatan serta peralatan bagi kerja pembersihan di lokasi terjejas.

Menurut beliau kerajaan negeri memahami situasi penduduk yang terkesan akibat bencana itu dan berharap misi tersebut dapat membantu mereka kembali pulang ke kediaman masing-masing menjelang Hari Raya Aidiladha, Ahad ini.

(Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ditemui selepas acara pelepasan Pasukan Bantuan Banjir
Kedah di Wisma Sri Pahang, Kuantan)

"Bantuan itu dihulur sebagai tanda penghargaan kepada kerajaan negeri Kedah yang sebelum ini membantu Pahang ketika menghadapi bencana banjir awal tahun lalu," kata Wan Rosdy kepada pemberita selepas acara pelepasan Pasukan Bantuan Banjir Kedah di Wisma Sri Pahang, di sini.

 

Media Baharu