
MADRID, 9 April — Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez mengecam serangan Israel ke atas Lubnan yang disifatkan sebagai melanggar undang-undang antarabangsa serta menunjukkan “penghinaan terhadap nyawa manusia”.
- Mengutuk serangan Israel ke atas Lubnan sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan penghinaan terhadap nyawa manusia.
- Menggesa EU menggantung perjanjian kerjasama dengan Israel sebagai tindak balas terhadap serangan itu.
- Menegaskan tindakan kolektif antarabangsa diperlukan untuk memastikan undang-undang antarabangsa dihormati dan mengelakkan konflik berlanjutan.
Dalam kenyataan menerusi media sosial, beliau menegaskan serangan terbaharu itu merupakan antara yang paling agresif sejak konflik bermula pada 28 Februari lalu.
Sanchez menggariskan empat tuntutan utama bagi menangani krisis yang semakin meruncing di Asia Barat.
Antaranya termasuk mendesak supaya gencatan senjata yang sedang dirunding turut merangkumi Lubnan bagi menghentikan pertumpahan darah yang berterusan.
Beliau turut menyeru komuniti antarabangsa agar tidak berdiam diri, sebaliknya mengutuk sekeras-kerasnya pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan Israel.
Dalam masa sama, Sánchez menggesa Kesatuan Eropah (EU) menggantung serta-merta Perjanjian Persatuan dengan Israel sebagai bentuk tekanan diplomatik dan ekonomi.
Selain itu, beliau menegaskan (Israel) pelaku tindakan jenayah tidak seharusnya terlepas daripada hukuman atau menikmati kekebalan di bawah undang-undang antarabangsa.