
BATU PAHAT, 16 Jun – Sebanyak 37 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing dalam Operasi Khas yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat di sekitar Pekan Yong Peng.
- Operasi menumpukan penguatkuasaan terhadap pemandu warga asing, melibatkan pemeriksaan ke atas 30 individu.
- Ditemui pelbagai kesalahan: tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh.
- Sebanyak 23 kenderaan disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Operasi yang dijalankan bermula 14 hingga 15 Jun itu melibatkan pemeriksaan ke atas 30 individu warga asing.
Menurut kenyataan BSPTD Batu Pahat, operasi berkenaan memfokuskan penguatkuasaan undang-undang lalu lintas terhadap pemandu warga asing.
Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dilakukan termasuk tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.
Dalam operasi sama, sebanyak 23 kenderaan turut disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan tiada lesen memandu dan LKM tamat tempoh.
Operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang dan keselamatan pengguna jalan raya.