
KOTA TINGGI, 16 Jun – Mayat lelaki warga asing dipercayai lemas di sebuah lombong ditemukan selepas hampir empat jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, di lombong Plot 12, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Johor malam tadi.
- Mangsa seorang lelaki warga Indonesia, 32 tahun, ditemui pada kedalaman kira-kira 11 meter pada pukul 9.25 malam.
- Mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
- Operasi SAR dimulakan selepas panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.59 petang.
- Operasi melibatkan BBP Skudai, BBP Tenggara dan PPDA BBP Penawar, diketuai PBK II Ahmad Mustazza dan ditamatkan pukul 9.50 malam.
Mangsa seorang lelaki warga Indonesia berusia 32 tahun ditemukan pada kedalaman kira-kira 11 meter di lombong berkenaan, pada pukul 9.25 malam.

Mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
JBPM dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat dilakukan selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.59 petang semalam.
Operasi pencarian dilaksanakan di sekitar kawasan lombong melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dan BBP Tenggara, sebelum mendapat bantuan Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) BBP Penawar.
Operasi diketuai oleh PBK II Ahmad Mustazza ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.50 malam.