fb fb fb fb fb

Sudah tiba masa syarikat insuran menekankan skim perlindungan perniagaan


KUALA LUMPUR, 6 Februari - Syarikat-syarikat insuran perlu memperluaskan bidang perniagaan dengan memberi penekanan kepada skim perlindungan perniagaan.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar, ini memandangkan kejadian bencana alam yang berlaku baru-baru ini menyebabkan usahawan mengalami kerugian yang teruk tanpa sebarang perlindungan insuran.

"Sebab sekarang ini kita tahu keadaan macam-macam boleh berlaku. Jadi kalau kita dapat, kalau insuran dapat memikirkan , mengembangkan lagi daripada dia punya sektor-sektor untuk jual insuran kepada syarikat-syarikat, usahawan-usahawan, saya fikir itu amat baik sekali. Saya percaya, apabila ada bencana alam ,dan berbagai-bagai lagi bencana, jadi mungkin dah sampai masa usahawan-usahawan mula fikir bukan saja hendak lindung kereta saja, tapi juga premis-premis perniagaan juga peralatan-peralatan yang lain," kata Noh Omar di sini.

Beliau berkata, dengan adanya skim insuran tersebut para usahawan mampu membina semula perniagaan dengan pembiayaan perlindungan yang dibeli.

 

Media Baharu