fb fb fb fb fb

SPRM tahan bekas Datuk Bandar disyaki terima rasuah lebih RM1 juta

Foto Hiasan

JOHOR BAHRU, 1 Jun- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang hari ini menahan seorang bekas Datuk Bandar di Johor kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.

Menurut sumber, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini pada kira-kira 4 petang.

"Beliau didakwa telah menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan kerana telah meluluskan projek," katanya.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru di sini pada 8.30 pagi esok dengan 12 pertuduhan," katanya. - BERNAMA

ZEHRA BINTI ZAMBRI