Atilia & Jinx pertaruh balada emosi ‘Dimanakah Kamu Sore Ini?’

Atilia Haron

KUALA LUMPUR, 23 April- Penyanyi dan penulis lagu, Atilia Haron tampil dengan karya terbaharu berjudul ‘Dimanakah Kamu Sore Ini?’, sebuah balada pop yang mengangkat tema kerinduan dan kesunyian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kolaborasi vokal bersama Jinx Chin, susunan pop moden minimalis menonjolkan kekuatan lirik sarat emosi.
  • Lagu menggambarkan rindu terpendam, jarak memisah dan benang halus yang terus mengikat dua jiwa walau tidak bersama.
  • Metafora senja menyiratkan perasaan tergantung antara bertahan dan melepaskan, mengajak pendengar menyelami serta menemukan ketenangan.

Lagu berkenaan merupakan kolaborasi bersama Jinx Chin dengan pendekatan pop moden serta susunan muzik minimalis yang memberi ruang kepada kekuatan lirik sarat emosi.

Ditulis sepenuhnya oleh Atilia, karya itu menggambarkan perasaan rindu yang terpendam, jarak yang memisahkan dan ‘benang halus’ yang terus mengikat dua jiwa walaupun tidak lagi bersama.

Metafora senja digunakan sebagai simbol keadaan perasaan yang tergantung antara bertahan dan melepaskan.

Menurut Atilia, lagu tersebut berkisar tentang cinta yang kekal meskipun tanpa kehadiran fizikal, selain mewakili persoalan yang sering terpendam serta perbualan yang tidak pernah diluahkan.

‘Dimanakah Kamu Sore Ini?’ diharap Atilia mampu membawa pendengar menyelami emosi sendiri, mengimbau kenangan lalu serta menemukan ketenangan dalam hakikat bahawa jarak tidak semestinya memutuskan hubungan.