(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 7 Jun- Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) terus diperluaskan secara berskala besar serta berteknologi baharu.
Perkara itu dinyatakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Program tersebut juga dilihat mampu meningkatkan pengeluaran padi dan beras negara serta membantu negara mencapai sasaran Tahap Sara Diri (SSL).
"Kita juga dalam usaha mencukupkan beras dan untuk itu pelbagai usaha telah dilakukan. Memang sekarang ini pesawah, kebanyakannya dijalankan oleh orang berumur dengan konsep berskala besar, melalui teknologi baharu anak-anak muda mula terlibat secara aktif," katanya ketika ketika menjawab soalan wakil Sandakan, Vivian Wong di Dewan Rakyat di sini.
Dalam pada itu, Mohamad berkata menerusi Indeks Sekuriti Makanan (GFSI) negara berada di kedudukan ke-41 dengan skor 69.9 iaitu di tahap sederhana.
(Foto BERNAMA)