fb fb fb fb fb

Sidang Media Khas COVID-19 pukul 4.00 petang ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan mengadakan Sidang Media Khas berhubung perkembangan COVID-19 pada pukul 4.00 petang ini.

Sidang Media Khas itu akan diadakan di bangunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya.

Ia turut akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi KKM.

Pada 3 hingga 9 Disember lalu, sebanyak 12,757 kes dilaporkan di seluruh negara dengan angka kematian 11 kes.

Melaka, Kedah dan Perlis antara negeri yang merekodkan peningkatan jangkitan COVID-19.

 

ARTIKEL BERKAITAN
Peningkatan kes COVID-19, masyarakat dinasihat amal langkah pencegahan
Pantau kes COVID-19, pastikan kesihatan rakyat terjamin - PM
COVID-19: Jumlah kes positif di Perlis meningkat
Kes COVID-19 di Kedah meningkat
COVID-19: Melaka sedia hadapi peningkatan kes

SITI AISHAH BINTI MD ISA