fb fb fb fb fb

Kes COVID-19 di Kedah meningkat

Foto BERNAMA

ALOR SETAR, 13 Disember- Sebanyak 595 kes direkodkan di Kedah pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-49 tahun 2023 iaitu bermula 3 hingga 9 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata jumlah itu meningkat sebanyak 78.1 peratus berbanding minggu sebelumnya.

"Kebanyakan kes yang diterima adalah bergejala ringan dan pesakit menjalankan pengasingan di rumah masing-masing.
 
"Bagaimanapun situasi terkini di Kedah adalah terkawal dan tidak membebankan sistem kesihatan.
 
"Secara kumulatif, sehingga ME ke-49 tahun ini, kes COVID-19 di Kedah adalah sebanyak 5,601 kes," katanya menerusi kenyataan.

Beliau menjangkakan akan berlaku peningkatan kes yang berterusan susulan pergerakan masyarakat dan aktiviti berkumpulan menjelang cuti sekolah dan perayaan Krismas.
 
Sehubungan itu, orang ramai khususnya warga Kedah diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan COVID-19.
 
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan terus memantau perkembangan situasi COVID-19 di dalam dan luar negara dari semasa ke semasa bagi melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM