
KANGAR, 24 Mac – Sebanyak 21 pek darah berjaya dikumpul menerusi Program Khas Derma Darah Aidilfitri yang berlangsung di Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Fauziah, malam tadi.
- Inisiatif digerakkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Simpang Empat bersama pihak hospital.
- Program bertujuan menampung bekalan darah sepanjang musim perayaan dan untuk menghadapi kes kecemasan.
- Setiap beg darah boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa, memberi impak besar kepada pesakit yang memerlukan.
Inisiatif itu digerakkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Empat dengan kerjasama pihak hospital.
Penyelaras program, Razali Saad berkata, program berkenaan bertujuan menampung keperluan bekalan darah, khususnya sepanjang musim perayaan bagi menghadapi kes kecemasan.
Menurut beliau, program seumpama itu turut memberi peluang kepada perantau yang pulang berhari raya untuk menderma darah sekali gus membantu pesakit yang memerlukan.
Tambahnya, usaha berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendermaan darah.
Setiap satu beg darah yang didermakan berpotensi menyelamatkan sehingga tiga nyawa, sekali gus memberi impak besar kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan dan berjadual.