fb fb fb fb fb

COVID-19: Jumlah kes positif di Perlis meningkat

Foto Hiasan

KANGAR, 14 Disember- Sebanyak 57 kes positif COVID-19 dilaporkan di Perlis pada Minggu Epidemiologi ke-49 iaitu bermula 3 Disember sehingga 9 Disember lalu.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 25 kes atau 78 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Exco Kesihatan Negeri, Megat Hashirat Hassan dalam kenyataannya berkata, daripada keseluruhan kes baharu berkenaan, 46 kes atau 81 peratus adalah kes tempatan, manakala 11 kes atau 19 peratus kes import.

Sebanyak 43 kes baharu yang dikesan kini dibawah pemantauan Pusat Penilaian COVID-19, manakala 14 kes lagi di bawah pemantauan hospital, namun tiada pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.

Secara  kumulatif, Perlis merekodkan sebanyak 771 kes positif sepanjang 2023.

Kes COVID-19 dijangka terus meningkatkan terutamanya sepanjang cuti persekolahan yang bermula Sabtu ini selain sambutan Krismas.

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis menasihati orang ramai supaya sentiasa mengamalkan langkah pencegahan termasuk sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri dan kumpulan berisiko tinggi digalakkan memakai pelitup muka.

ZEHRA BINTI ZAMBRI