fb fb fb fb fb

COVID-19: Melaka sedia hadapi peningkatan kes

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh / Foto Fail

MELAKA, 13 Disember - Kerajaan Negeri Melaka sedia menghadapi sebarang peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata bagaimanapun, keadaan semasa masih terkawal dan orang ramai di minta untuk bertenang.

"Saya pergi melawat hospital saya tanya kepada Timbalan Pengarah hospital tentang keadaan COVID, sebenarnya kita tidak lagi pada peringkat yang memerlukan langkah awal untuk dikhuatiri oleh orang ramai.

"Penggunaan ventilator dan Unit Rawatan Rapi (ICU) juga amat rendah dan tidak digunakan lagi sebagai amaran merah, bagaimanapun kita kena bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan tapi sekiranya ini berlaku kita akan ambil langkah awal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Makan Malam Bersama Warga Pendidik Negeri Melaka 2023 di sini, pada Selasa.

Menurut laman sesawang KKMNOW, setakat 9 Disember lalu, terdapat 188 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Melaka dan 145 kes sembuh.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN