
KUALA LUMPUR, 30 Disember – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa Khamis ini (1 Januari 2026).
- Azmin Ali meletakkan jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional berkuat kuasa 1 Januari 2026.
- Beliau turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor pada tarikh sama.
- Keputusan diumumkan melalui kenyataan di Facebook dan beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokong serta rakan sekutu.
Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook.
“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional adalah atas bidang kuasa Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
“Maka, saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional bermula 1 Januari 2026.
“Saya juga mengambil pendirian meletakkan jawatan selaku Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Selangor berkuat kuasa tarikh yang sama,” katanya.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kepada semua pihak yang memberikan kerjasama kepadanya.
BERITA BERKAITAN