Iran tegas tidak akan menyerah kalah

Menteri Luar Iran, Abbas Araqhchi./foto AFP

IRAN, 3 April – Menteri Luar Iran, Abbas Araqhchi, menegaskan bahawa serangan terhadap infrastruktur awam tidak akan sesekali memaksa negara itu untuk menyerah kalah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Araqhchi memuat naik foto jambatan rosak di X sebagai bukti kesan serangan terhadap infrastruktur awam.
  • Menyerang struktur penting dianggap mencerminkan kekalahan dan keruntuhan moral pihak lawan.
  • Iran komited membina semula infrastruktur musnah; ketegangan meningkat selepas ikrar Trump, mengundang kebimbangan terhadap laluan tenaga kritikal.

Kenyataan tersebut dizahirkan beliau menerusi satu hantaran di laman media sosial X yang turut disertakan dengan sekeping foto memaparkan imej sebuah jambatan yang mengalami kerosakan teruk.

Menurut Araqhchi, tindakan mensasarkan struktur penting seperti jambatan hanya mencerminkan kekalahan serta keruntuhan moral musuh yang sedang berada dalam keadaan kucar-kacir.

Tambah Beliau, Iran komited untuk membina semula mana-mana infrastruktur yang musnah akibat serangan tersebut.

Ketegangan di rantau berkenaan dilaporkan semakin memuncak susulan ikrar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk memperhebat serangan terhadap Iran.

Perkembangan itu sekali gus mencetuskan kebimbangan dunia terhadap gangguan lanjut ke atas laluan tenaga kritikal, termasuk Selat Hormuz. – REUTERS