fb fb fb fb fb

Pantau kes COVID-19, pastikan kesihatan rakyat terjamin - PM

Datuk Seri Anwar ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Kauthar, Bandar Baru Bangi.

BANGI, 15 Disember - Kementerian Kesihatan (KKM) diarah memantau situasi COVID-19 yang dilihat menunjukkan trend peningkatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun kes belum diklasifikasikan pada tahap serius, KKM yang diketuai Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah diarahkan membuat pemantauan yang rapi demi kesihatan masyarakat awam.

"Dia (Dr. Zulkefly) telah pantau walaupun kesannya tidak serius tetapi kita minta orang awam waspada dari sudut kesihatan," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Kauthar, Bandar Baru Bangi, di sini.

Terdahulu media melaporkan, jumlah kes COVID-19 meningkat daripada 6,796 kepada 12,757 pada Minggu Epidemiologi ke-49.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Radzi Abu Hassan sebelum ini turut memaklumkan situasi ketika ini masih terkawal dan kemudahan penjagaan kesihatan beroperasi dalam kapasitinya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN