fb fb fb fb fb

Peningkatan kes COVID-19, masyarakat dinasihat amal langkah pencegahan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar / Foto Fail

PUTRAJAYA, 16 Disember - Seluruh pengurusan surau dan masjid di negara ini perlu menitikberatkan semula prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 bagi membendung penularan wabak tersebut susulan peningkatan kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata antaranya pemakaian pelitup muka bagi individu bergejala dan berisiko tinggi.

"Islam menyarankan supaya umatnya menjaga kesihatan diri dan keluarga. Justeru perkara yang boleh membawa kemudaratan perlu dielak," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Mohd Na'im, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk mengambil langkah proaktif membendung penularan COVID-19.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN