Serangan AS-Israel: Malaysia seru gencatan senjata serta-merta

Kapal perang Amerika Syarikat melancarkan peluru berpandu ketika operasi ketenteraan dijalankan susulan konflik yang semakin memuncak di rantau itu/Foto AFP

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Malaysia menyeru supaya gencatan senjata dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang syarat susulan serangan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia menyeru gencatan senjata serta-merta tanpa syarat susulan serangan AS dan Israel terhadap Iran.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim bimbang tindakan ketenteraan berterusan berisiko mencetuskan eskalasi lebih besar.
  • Segala pertikaian perlu diselesaikan melalui diplomasi dan rundingan konstruktif demi keamanan serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan semasa menunjukkan ketegangan semakin memuncak.

Beliau berkata tindakan ketenteraan berterusan itu berisiko mencetuskan eskalasi lebih besar serta menggugat kestabilan serantau.

“Tindakan ketenteraan berterusan itu tentunya berisiko malah telah bermula menyebabkan ketegangan, eskalasi lebih besar mengugat kestabilan serantau terutama dengan negara teluk yang semuanya atau kebanyakannya diheret dalam kancah peperangan akibat daripada serangan yang dimulakan oleh Israel yang bersungguh-sungguh dengan Amerika Syarikat,” katanya ketika membentangkan usul mengecam tindakan AS-Israel di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata sebarang pertikaian yang wujud harus diselesaikan melalui saluran diplomatik.

Katanya, semua pihak perlu kembali ke meja rundingan secara konstruktif demi menjamin keamanan dan kestabilan serantau yang berkekalan.