
KUALA LUMPUR, 2 Mac – Malaysia mengutuk keras tindakan ketenteraan yang dilancarkan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran.
- Malaysia mengutuk keras serangan ketenteraan AS dan Israel terhadap Iran sebagai tindakan biadab.
- Anwar Ibrahim menegaskan serangan itu melanggar prinsip Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.
- Tindakan ganas terhadap negara berdaulat dianggap bercanggah dengan konsensus masyarakat dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu sebagai biadab serta melanggar prinsip undang-undang antarabangsa.
Beliau menegaskan tindakan ganas berterusan terhadap sebuah negara berdaulat walau apa jua perbezaan dasar dan pendirian politik adalah bercanggah dengan prinsip yang dipersetujui masyarakat dunia.
“Tidak boleh dipertikai kenyataan bahawa tindakan ganas ini menyerang negara berdaulat dan merdeka adalah tindakan biadab melanggar prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu dan melanggar semua peraturan ketetapan dalam tatalan hukum undang-undang dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul mengecam tindakan AS-Israel di Dewan Rakyat, hari ini.