Kutipan hasil cukai pendapatan individu dijangka meningkat tahun ini

Peningkatan disokong kadar pengangguran yang rendah juga pelarasan gaji penjawat awam di bawah SSPA/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Kutipan hasil cukai pendapatan individu, dijangka meningkat 9.4 peratus, tahun ini kepada RM49.07 bilion, disokong pertumbuhan gaji yang lebih stabil dan peningkatan bilangan pembayar cukai berdaftar, 13 peratus.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kutipan cukai pendapatan individu dijangka meningkat disokong pertumbuhan gaji lebih stabil dan lebih ramai pembayar cukai berdaftar.
  • Kadar pengangguran rendah dan pelarasan gaji penjawat awam di bawah SSPA menyumbang kepada peningkatan hasil.
  • Pelaksanaan e-Invois berfasa mula Ogos 2024 dijangka kurangkan ketirisan dan tingkatkan pematuhan cukai korporat.

Timbalan Mentei Kewangan, Liew Chin Tong memaklumkan, peningkatan itu turut disokong kadar pengangguran yang rendah juga pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, (SSPA).

“Selain itu, pendapatan syarikat yang lebih tinggi khususnya daripada sektor perkhidmatan dan pembuatan serta pelaksanaan e-Invois secara berfasa mulai Ogos 2024 dijangka turut menyumbang kepada peningkatan hasil cukai korporat serta mengurangkan ketirisan dan meningkatkan pematuhan cukai,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Stampin , Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu cukai pendapatan syarikat dijangka meningkat 6.5 peratus kepada RM103.35 bilion.

Manakala kutipan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan pula,diunjurkan masing-masing, RM26.6 bilion dan RM33 bilion.