Selat Hormuz ujian geopolitik, Malaysia sokong keamanan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

PERMATANG PASIR, 26 Mei – Hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran membolehkan beberapa urusan berkaitan perdagangan serta laluan perkapalan di Selat Hormuz terus dipermudah meskipun berdepan situasi geopolitik yang mencabar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia kekal menyokong keamanan sejagat dan menyeru hentikan tindakan yang menjejaskan kestabilan serantau.
  • Keadaan Selat Hormuz diuji, laluan kadang dibuka kadang disekat, dipengaruhi kenyataan antarabangsa dan rundingan damai.
  • Presiden Iran akan menghubungi saya untuk ucapan Aidiladha dan penjelasan mengenai perkembangan rundingan damai.
  • Walaupun kecil, Malaysia perlu bersuara jelas; Anwar bawa usul Parlimen kecam serangan yang memburukkan keadaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia kekal berpendirian menyokong keamanan sejagat dan menyeru supaya segala bentuk tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan serantau perlu dihentikan segera.

“Memang situasi di Selat Hormuz ketika ini menjadi satu ujian kerana ada ketikanya laluan dibuka dan ada masanya berdepan sekatan, selain dipengaruhi perkembangan semasa termasuk kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta rundingan yang sedang berlangsung.

“Insya-Allah Presiden Iran akan menghubungi saya, antaranya untuk menyampaikan ucapan Aidiladha dan turut memberi penjelasan mengenai perkembangan terbaharu rundingan damai bagi mengurangkan tekanan terhadap Iran susulan konflik yang berlaku.

“Malaysia walaupun sebuah negara kecil, tetap perlu menyuarakan pendirian yang jelas demi keamanan dan kestabilan serantau. Sebab itu saya membawa usul di Parlimen untuk mengecam sebarang bentuk serangan yang boleh memburukkan keadaan. Saya percaya hubungan baik dan pendirian Malaysia itu juga membantu memudahkan urusan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Agihan Perdana Lembu Korban MADANI bagi Parlimen Permatang Pauh di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.