fb fb fb fb fb

Selangor bentang Belanjawan 2026 bernilai RM3.23 bilion, fokus kesejahteraan rakyat

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari/BERNAMA

SHAH ALAM, 14 November- Selangor memperuntukkan RM3.23 bilion bagi Belanjawan 2026, merangkumi RM1.86 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.37 bilion untuk pembangunan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri mengekalkan kestabilan kewangan serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

"Peruntukan pembangunan meningkat sebanyak RM20 juta dan akan memberi tumpuan kepada enam teras utama. Teras-teras tersebut termasuklah sumber hasil negeri, tadbir urus dan kelestarian alam sekitar.

Antara yang paling menarik ialah strategi pendapatan baharu dan caj air, serta polisi sifar yang dijangka mampu menjana pendapatan tambahan sehingga RM1 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang," kata Datuk Seri Amirudin, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Undangan Negeri Selangor, di sini.

Belanjawan mengurus memberi tumpuan kepada perkhidmatan dan bekalan, merangkumi 39.8 peratus keseluruhan, termasuk pelaksanaan fasa kedua Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, kenaikan kos kontrak selaras gaji minimum baharu, serta penyelenggaraan di 26 jabatan kerajaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM