
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Satu lagi gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 melanda Rantau Flores, Indonesia pada 6.45 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Gempa melanda Rantau Flores, Indonesia.
- Pusat gempa pada kedalaman 52 kilometer dengan koordinat 8.2 darjah Selatan dan 120.6 darjah Timur.
- Pusat gempa kira-kira 212 kilometer timur dari Bima, Indonesia.
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa berlaku pada kedalaman 52 kilometer dengan koordinat 8.2 darjah Selatan dan 120.6 darjah Timur.
Pusat gempa berkenaan terletak kira-kira 212 kilometer timur dari Bima, Indonesia.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.