fb fb fb fb fb

Sarawak ke arah Ekonomi Net Sifar- Dr Sim

Daruk Dr Sim menyaksikan majlis menandatangani MoU ntara Majlis Perbandaran Samarahan dan UNICEF dalam Inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak, CFCI di Kota Samarahan

SAMARAHAN, 10 Julai- Ekonomi Net Sifar bakal menjadi sumber pendapatan nombor satu Sarawak.

Timbalan Premier, Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian berkata dengan trend peralihan tenaga dunia kini, kebergantungan daripada sumber tenaga gas dan minyak mungkin menjadi sejarah.

Ini jelas terbukti dengan unjuran pelaburan lebih AS$468 billion hasil misi perdagangan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Korea Selatan baru-baru ini.

Angka itu katanya memberikan indikasi hala tuju ekonomi Sarawak kini berada di landasan yang tepat.

Datuk Dr Sim bercakap kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman, MoU antara Majlis Perbandaran Samarahan dan UNICEF dalam Inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak, CFCI di Kota Samarahan hari ini.

Menerusi program berkenaan, MPKS dan UNICEF akan bekerjasama menjadikan daerah terbabit kawasan yang mesra didiami kanak-kanak.

MPKS merupakan perbandaran terakhir dari tujuh PBT yang terpilih di Sarawak untuk menyertai program inisiatif UNICEF itu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE