
JAKARTA, 15 Ogos – Gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Pulau Flores di timur Indonesia pada pagi Sabtu.
- BMKG mengeluarkan amaran tsunami; pemodelan menunjukkan ancaman bagi Nusa Tenggara Timur, Sulawesi Selatan dan Nusa Tenggara Barat.
- Amaran menyenaraikan kemungkinan gelombang antara 0.5 hingga tiga meter; setakat ini gelombang kecil 19 hingga 30 sentimeter dikesan.
- Ratusan penduduk berpindah ke kawasan tinggi, termasuk penduduk Maumere dan daerah Nagekeo yang dilaporkan.
- Gegaran disusuli beberapa susulan kuat termasuk satu gempa 6.1 magnitud; beberapa bangunan dilaporkan rosak.
Gegaran itu mencetuskan amaran tsunami dan menyebabkan ratusan penduduk dipindahkan ke kawasan lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa itu terletak di luar pantai utara Flores, kira-kira 68 kilometer barat laut Ende.
Gegaran utama itu kemudian disusuli beberapa gempa susulan kuat di kawasan sama, termasuk satu gempa berukuran 6.1 magnitud.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) memberi amaran gempa berkenaan berpotensi mencetuskan tsunami.
“Hasil pemodelan tsunami menunjukkan gempa itu berpotensi menghasilkan gelombang tsunami di wilayah Nusa Tenggara Timur, Sulawesi Selatan dan Nusa Tenggara Barat”, kata Pengarah Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Wijayanto.
Amaran dikeluarkan kemungkinan gelombang tsunami setinggi antara 0.5 hingga tiga meter. Setakat ini, tiada kematian dilaporkan, manakala gelombang tsunami antara 19 hingga 30 sentimeter turut dikesan.
Penduduk bandar Maumere, Pulau Flores dilaporkan berpindah ke kawasan lebih tinggi.
Sementara itu, rakaman yang disiarkan televisyen Indonesia menunjukkan ratusan penduduk di daerah Nagekeo berdekatan berpindah dari kawasan bencana, selain beberapa bangunan yang mengalami kerosakan.
Indonesia kerap dilanda gempa bumi kerana kedudukannya dalam Lingkaran Api Pasifik.
Pada 2004, gempa bumi 9.1 magnitud di perairan Sumatera mencetuskan tsunami yang meragut kira-kira 220,000 nyawa, termasuk 170,000 di Indonesia. Manakakala, pada 2018, gempa kuat melanda Lombok dan Sumbawa, mengorbankan lebih 550 orang.-AFP