Lima maut dalam kejadian tembakan di Michigan, suspek ditemui mati

Foto hiasan

NEW YORK, 15 Ogos – Lelaki yang disyaki menembak dan membunuh lima orang di utara Michigan pada Jumaat ditemui mati selepas operasi memburu suspek, menurut Polis Negeri Michigan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menemui tiga mangsa maut dan seorang cedera semasa respon awal di Missaukee County.
  • Suspek Chad Hickman dilaporkan melarikan diri, dan penyiasat menemui seorang lagi mangsa maut di kediaman lain.
  • Kenderaan suspek ditemui berhampiran Whitlock Lake; suspek dan seorang individu lagi ditemui mati. Identiti mangsa belum didedah.

Seorang lagi mangsa masih dirawat di hospital dalam keadaan kritikal.

Anggota polis bergegas ke sebuah rumah di Missaukee County kira-kira pukul 11.40 pagi waktu tempatan selepas menerima laporan kejadian mengenai kejadian tembakan. Setibanya di lokasi, anggota polis menemui tiga mangsa maut dan seorang lagi cedera.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Chad Hickman, 39, melarikan diri dari tempat kejadian sebelum polis tiba, sekali gus mendorong polis melancarkan gerakan memburu suspek.

Semasa operasi memburu suspek, penyiasat menemui seorang lagi mangsa yang maut di sebuah kediaman lain.

Polis turut menemui kenderaan suspek berhampiran kawasan hutan di sekitar Whitlock Lake sebelum menemukan suspek dan seorang lagi individu yang meninggal dunia.

“Situasi ini amat menyayat hati masyarakat dan mencabar bagi penyiasat yang terbabit,” kata Leftenan Ashley Miller dalam kenyataan.

Polis belum mendedahkan nama, umur atau jantina mangsa kerana proses memaklumkan waris terdekat masih dijalankan.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.