
KUCHING, 15 Ogos — Sembilan kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori tidak sihat setakat 8 pagi hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Kuching merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 167.
- Kawasan lain dalam kategori tidak sihat: Samarahan 164, IPD Serian 163, Sarikei 157, Bintulu 156, Sri Aman 154, Mukah 152.
- Sibu (131) dan Samalaju (126) turut catat bacaan pada kategori tidak sihat.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kuching merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 167.
Turut merekodkan bacaan pada kategori tidak sihat ialah Samarahan (164), IPD Serian (163), Sarikei (157), Bintulu (156), Sri Aman (154) dan Mukah (152).
Sementara itu, Sibu mencatatkan bacaan IPU 131, manakala Samalaju 126, kedua-duanya dalam kategori tidak sihat.