
PARIS, 23 Oktober – Perlawanan Ligue 1 antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Olympique Lyonnais yang dijadualkan berlangsung Ahad ini ditangguhkan ke hari berikutnya susulan gelombang protes ganas di ibu negara Perancis.
- Polis melarang perlawanan pada waktu asal atas faktor keselamatan.
- LFP menjadualkan semula aksi pada Isnin, pukul 8.30 malam waktu tempatan.
- Demonstrasi minggu lalu bertukar menjadi rusuhan, rompakan dan kerosakan harta benda.
Keputusan itu dibuat selepas pihak polis melarang penganjuran perlawanan berkenaan pada waktu asal atas faktor keselamatan.
Liga Bola Sepak Profesional Perancis (LFP) memaklumkan, aksi di laman PSG itu kini dijadualkan berlangsung pada Isnin, pukul 8.30 malam waktu tempatan.
Penangguhan itu dibuat ketika pihak berkuasa Perancis memperketat kawalan keselamatan menjelang penganjuran satu lagi protes di Paris dan beberapa kawasan lain di seluruh negara pada hujung minggu ini.
Langkah berkenaan menyusuli demonstrasi minggu lalu yang bertukar menjadi rusuhan, rompakan dan kerosakan harta benda.
Ia antara insiden keganasan paling buruk di Perancis sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP