Nelayan Terengganu terima bantuan peralatan

Foto Fail BERNAMA

BESUT, 23 Oktober – Jabatan Perikanan Negeri Terengganu mengambil inisiatif dengan menyalurkan bantuan peralatan menangkap ikan kepada nelayan di daerah berkenaan bagi meningkatkan hasil tangkapan serta membantu menambah pendapatan golongan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • 640 unit peralatan menangkap ikan diserahkan menerusi Program Pemerkasaan Agromakanan Negara.
  • Seramai 304 nelayan menerima manfaat daripada bantuan peralatan.
  • Nelayan bersyukur; bantuan meringankan kos operasi menjelang musim tengkujuh dan mereka memohon bantuan tambahan untuk nelayan pesisir atau Zon A.

Menerusi Program Pemerkasaan Agromakanan Negara bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), sebanyak 640 unit peralatan menangkap ikan diserahkan kepada nelayan.

Seramai 304 nelayan menerima manfaat menerusi bantuan tersebut.

Bagi nelayan Muhamad Hafiz Ismail, Awang Seman dan Abu Bakar Muda bantuan peralatan itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban kos operasi menangkap ikan khususnya menjelang musim tengkujuh tidak lama lagi.

“Terima kasih kerana prihatin terhadap nasib kami sebagai nelayan. Untuk membeli peralatan menangkap ikan pun bukan mudah kerana memerlukan kos yang tinggi,” kata Muhamad Hafiz.

“Sudah lama kami tidak menerima bantuan peralatan seperti ini. Alhamdulillah, akhirnya kami mendapat bantuan ini. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih atas bantuan yang diberikan,” kata Awang.

“Bantuan seperti ini amat bermakna terutamanya ketika musim tengkujuh kerana nelayan tidak dapat turun ke laut seperti biasa. Ini tentunya menjejaskan pendapatan kami. Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan bantuan tambahan, khususnya kepada nelayan pesisir pantai atau nelayan Zon A,” kata Abu Bakar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.