
KUALA LUMPUR, 16 Januari – 3.1 juta penerima golongan bujang yang layak di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerima bantuan bulanan sehingga RM100 ringgit mengikut kelayakan masing-masing hari ini.
- Bantuan diagihkan hari ini melalui mekanisme SARA kepada penerima STR Kategori Bujang.
- Bantuan bertujuan meringankan beban kewangan dan membantu memenuhi keperluan asas harian.
- KBS menasihatkan penerima mengurus bantuan dengan bijak dan mengutamakan keperluan asas.
- KBS komited menyokong kebajikan dan pembangunan belia selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Kementerian Kewangan berkongsi maklumat itu menerusi Facebook rasminya.
“Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai terpilih di seluruh negara,” katanya.
Agihan bantuan melibatkan penerima berusia antara 21 hingga 59 tahun, layak menerima SARA Bulanan berdasarkan dua kategori iaitu RM50 membabitkan pendapatan sebulan RM2,500 dan ke bawah, manakala mereka dengan julat pendapatan sama yang juga tersenarai sebagai penerima eKasih bakal mendapat RM100 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad.