
KUALA LUMPUR, 1 November – Rang Undang-Undang (RUU) Kecerdasan Buatan (AI) yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku pertama 2027, akan memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi risiko dan ancaman susulan perkembangan teknologi baharu.
- RUU AI menyediakan struktur menyatukan kepakaran pelbagai untuk merangka panduan kawal selia teknologi baharu.
- Kerajaan mengakui AI beri banyak manfaat tetapi risiko tersendiri perlu difahami dan dibendung.
- Aspek kawal selia teknologi baharu termasuk AI diberi penekanan Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan.
- Gobind turut hadir program agihan beg makanan sempena perayaan Deepavali menunjukkan penglibatan masyarakat.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, RUU berkenaan akan menyediakan satu struktur yang menghimpunkan kepakaran pelbagai pihak dalam merangka panduan sekali gus memperkasa keupayaan negara mendepani cabaran digital.
“Kita perlu memahami bahawa walaupun teknologi AI membawa banyak manfaat dari segi perniagaan dan kehidupan seharian namun pada masa sama, terdapat risiko tersendiri yang perlu difahami dan dibendung.
“Sehubungan itu, kita akan memberi lebih tumpuan kepada aspek kawal selia tersebut dan saya berharap RUU AI ini dibentang di Parlimen pada suku pertama tahun hadapan,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata keperluan memperkukuh kawal selia teknologi baharu termasuk AI antara perkara yang diberi penekanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2027.
Gobind ditemui selepas menghadiri program agihan beg makanan sempena perayaan deepavali di sini hari ini.