fb fb fb fb fb

RTM terus unggul dan relevan sebagai penyiar rasmi negara

KANGAR, 23 Ogos - Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa optimis Jabatan Penyiaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai RTM akan terus kekal relevan sebagai penyiar rasmi dan terunggul negara, dengan tertubuhnya Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra (Kompleks PUSPA) di sini.

Seterusnya menyuntik semangat warga RTM di Perlis agar terus memainkan peranan dalam memberikan perkhidmatan berita, penyampaian maklumat dan hiburan yang berkualiti kepada seluruh Keluarga Malaysia khususnya di negeri ini.

Kompleks PUSPA telah dirasmikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

"Alhamdulillah, Junjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail hari ini telah mencemar duli merasmikan Kompleks Jabatan Penyiaran Negeri Perlis sekali gus memperkenankan nama baharunya iaitu Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra (Kompleks PUSPA), " kata Annuar pada majlis perasmian Kompleks PUSPA di sini.

(Tan Sri Annuar hadir dalam majlis perasmian Kompleks Jabatan Penyiaran Negeri Perlis
dengan penjenamaan baharu sebagai Kompleks PUSPA)

Beliau juga yakin RTM bukan sahaja mampu menjadi agen integrasi sejajar dengan slogannya iaitu Teman Setia Anda, malah turut menjadikan industri penyiaran sebagai satu komoditi kreatif.

Ini memandangka sepanjang lebih tujuh dekad mempelopori bidang penyiaran negara, RTM telah mengatasi pelbagai cabaran khususnya evolusi penyiaran yang bergerak pantas dan mencipta pelbagai kejayaan.

"Kompleks PUSPA yang terletak di Kangar menempatkan satu konti siaran dan konti sokongan serta dua studio suntingan audio untuk operasi siaran radio dan sebuah studio penerbitan berita TV berdefinisi tinggi dengan kemudahan yang tersedia mampu memberikan kualiti siaran berpiawaian digital sepenuhnya memenuhi keperluan Keluarga Malaysia di Perlis serta kawasan sekitarnya dengan kandungan siaran hiburan bermaklumat," katanya lagi.

RTM merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sememangnya mampu melestarikan kecemerlangan prestasi melalui proses transformasi minda dan kemahiran tinggi untuk bersaing di pentas penyiaran antarabangsa.

Media Baharu