RM650 juta perkukuh kesalinghubungan digital hospital, klinik kerajaan

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Majlis Pertukaran MoU antara KKM dan MCMC, di sini, hari ini / BERNAMA

PUTRAJAYA, 15 Jun– Kesalinghubungan digital di hospital dan klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara akan dipertingkat menerusi peruntukan RM650 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan inisiatif PERSADA untuk memacu ekosistem dan ketersambungan kesihatan digital negara.
  • Menjamin capaian internet stabil dan berkualiti di fasiliti kesihatan awam untuk menyokong EMR dan perkhidmatan digital.
  • MCMC akan mengurus dana melalui USP Fund; MoU dengan KKM dijangka tingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA).

Jelas beliau, langkah itu penting bagi memastikan fasiliti kesihatan awam mempunyai capaian internet yang stabil dan berkualiti.

Ia sekali gus menyokong pelaksanaan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) serta perkhidmatan kesihatan digital.

“Fasa pertama, anggaran kosnya adalah RM74 juta manakala keseluruhan projek melibatkan dua fasa dengan nilai RM650 juta.

Pada waktu ini, pihak MCMC akan menguruskan dana melalui Universal Service Provision Fund (USP Fund),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini, hari ini.

Menurut beliau, usaha itu digerakkan selepas pihaknya mengenal pasti cabaran capaian internet di beberapa fasiliti kesihatan sebelum ini, termasuk ketika lawatan ke sebuah klinik kesihatan di pedalaman Sabah tahun lalu.

Kerjasama antara Kementerian Komunikasi, MCMC dan Kementerian Kesihatan itu dijangka membantu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.