fb fb fb fb fb

RM40,000 bantual awal kepada penduduk terjejas ribut dan puting beliung di Ipoh

IPOH, 1 Februari - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyalurkan peruntukan awal sebanyak RM40,000 kepada penduduk terjejas akibat ribut dan puting beliung yang berlaku Ahad lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata jumlah tersebut merupakan anggaran awal bagi pihaknya menyelenggara semula perumahan dan bangunan di empat kawasan yang terkesan daripada bencana itu.

"Semalam saja kita dah dapat lebih daripada 30,000 daripada hasil barangan, Nasib orang Ipoh ni bagus, semua sukarelawan yang buat jadi percuma la, barangan semalam pun dalam 30,000 jadi hari ni kita tengok dalam 4 ke 5,000 setakat ni dalam 35,000 tapi semua barangan, labour kos tak ada.

"Tapi kita tak tentu lagi sebab dia memanglah pembaikan; kerajaan negeri akan lantik kontraktor tapi kita kena nilai, belum dapat nilai penuh lagi,hari ini juruteknik akan pergi tengok satu-satu rumah," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk terlibat di sekitar Kampung Tawas, di sini.

Tambahnya, MBI kini sedang menyelenggara dan menggantikan semula pokok-pokok besar dengan pokok yang lebih sesuai ditanam bagi mengelakkan sebarang insiden berbahaya kepada persekitaran rumah penduduk.

Jelasnya, kira-kira 100 batang pokok tumbang telah dikesan dalam kejadian ribut dan puting beliung yang melanda sekitar Ipoh, ahad lalu.

Media Baharu