Satu daripada tujuh kapal Malaysia mengalami kerosakan

Foto BERNAMA 

CYBERJAYA, 17 April – Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sebuah daripada dua kapal yang melepasi Selat Hormuz telah tiba di Malaysia.
  • Satu lagi kapal sedang menghampiri perairan Malaysia.
  • Kerajaan giat memantau kapal-kapal yang belum melepasi Selat Hormuz.
  • Perdana Menteri Anwar memberi kenyataan kepada pemberita selepas solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya.

Sebuah daripada dua kapal yang melepasi selat berkenaan pula sudah tiba di Malaysia manakala satu lagi sedang menghampiri perairan negara.

Beliau berkata kerajaan ketika ini sedang giat memantau keadaan kapal-kapal lain yang belum melepasi Selat Hormuz.

“Satu (kapal) dah sampai (Malaysia), satu hampir sampai, dan masuk dalam perairan Malaysia, maknanya (ada) dua, yang lain itu kita masih pantau.

“Dari segi kelulusan, memang Iran telah beri kelulusan kepada tujuh (kapal), tapi satu (kapal) mempunyai masalah kerosakan, tak boleh berlepas dari pelabuhan. Tapi dengan keadaan terbaharu ini (kerosakan kapal), kita ada hadapi masalah sedikit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya, di sini hari ini. – BERNAMA