RM2.5 bilion selenggara jalan persekutuan pada 2027

Peranan Jurutera Daerah juga terus diperkasa bagi mempercepat pelaksanaan projek kecil seperti jalan berlubang

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Sebanyak RM2.5 bilion diperuntukkan bagi menyelenggara Jalan Persekutuan termasuk hampir RM800 juta khas kepada kontraktor G1-G4, pada 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peranan Jurutera Daerah diperkasa dengan peruntukan RM40 juta untuk mempercepat pelaksanaan projek kecil seperti pembaikan jalan berlubang.
  • Jalan negeri dibaiki menggunakan dana MARRIS berjumlah RM5.7 bilion untuk penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur jalan.
  • LLM akan bina tempat berteduh motosikal, pasang CCTV di PLUS dan sediakan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik di lokasi strategik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan peranan Jurutera Daerah juga terus diperkasa bagi mempercepat pelaksanaan projek kecil seperti jalan berlubang dan bagi tujuan itu peruntukan dipertingkat kepada RM40 juta.

“Jalan negeri juga dibaiki menggunakan dana Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) berjumlah RM5.7 bilion.

“Lembaga Lebuhraya Malaysia bakal membina 15 tempat berteduh motosikal, memasang 70 kamera litar tertutup (CCTV) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta menyediakan 50 kemudahan pengecasan kenderaan elektrik di lokasi strategik,”kata Datuk Seri Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Kerajaan juga bersetuju untuk memperkenalkan semula Klausa Perubahan Harga (VOP) khusus untuk menampung kenaikan kos diesel dan bitumen.

“Bagi menyegerakan pelaksanaan projek berkepentingan rakyat seperti pembinaan kaunters, sekolah, asrama, klinik dan dewan, projek yang mempunyai Pre-Approved Plan (PAP) oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan nilai sehingga RM5 juta, dipelawa menggunakan kaedah sebut harga berkenaan,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.