
KUCHING, 22 Mac – Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) sedang memantau dan merancang pelan tindakan bagi menghadapi kemungkinan musim kemarau berikutan peralihan Monsun Timur Laut ke Monsun Barat Daya.
- PETRA bersama syarikat perkhidmatan air negeri memantau dan merangka pelan tindakan untuk memastikan bekalan air mencukupi.
- Kolam takungan mitigasi kemarau dilaporkan berada dalam keadaan baik setakat kini.
- Timbalan Perdana Menteri menasihati rakyat mengamalkan penggunaan air secara berhemah.
- Pesanan penggunaan air bijaksana ditekankan terutama ketika cuaca panas dan tidak menentu.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
“PETRA bersama-sama syarikat-syarikat perkhidmatan air di setiap negeri sedang memantau keadaan semasa dan pelan tindakan sedang dirangka untuk memastikan bekalan air mencukupi.
“Bekalan air terutamanya kolam-kolam takungan air mitigasi kemarau berada dalam keadaan baik setakat kini,” jelasnya.
Bagaimanapun Datuk Seri Fadillah menasihati rakyat supaya mengamalkan penggunaan air secara berhemah.
“Penggunaan air secara bijaksana penting terutama ketika cuaca panas dan tidak menentu ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Rakyat sempena Aidilfitri anjuran Gabungan Penghulu dan Ketua Masyarakat Kawasan Petra Jaya, di sini hari ini.