
KUALA LUMPUR, 19 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak hingga 9 malam ini.
- Kawasan terjejas di Kedah, Pulau Pinang dan Perak termasuk Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim serta Kerian dan Hulu Perak.
- Terengganu: Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman; Pahang: Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin.
- Selangor (Gombak, Petaling, Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jempol, Tampin), Melaka dan beberapa daerah Johor.
- Sarawak: Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang; Sabah: Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Papar, Penampang, Kinabatangan.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Kedah iaitu Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).
Di Terengganu melibatkan kawasan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan
Kemaman, manakala di Pahang membabitkan Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Amaran sama turut dikeluarkan di Selangor melibatkan Gombak, Petaling dan Hulu Langat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Menurut Met Malaysia amaran sama dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Selain itu, turut terlibat beberapa kawasan di Sabah iaitu pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar dan Penampang) dan Sandakan (Kinabatangan).