KUALA LUMPUR 9 September - Rakyat Malaysia disarankan menyumbang bahan berkaitan ASEAN atau sejarah Malaysia kepada Arkib Negara dalam usaha memperkayakan lagi sumber sahih sejarah negara .
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, hal ini penting kerana sejarah bukan sahaja menjadi rujukan akademik, tetapi juga sumber ilmu untuk memahami bagaimana negara-negara ASEAN membina asas kerjasama serantau sejak lebih lima dekad lalu.
"Segala catatan, rekod diplomasi, dokumen perjanjian, ucapan pemimpin serta naratif sejarah ASEAN perlu dipelihara dan didokumentasikan secara sistematik."
Beliau berucap dalam Program Bicara Sejarah ASEAN Keterangkuman dan Kemampanan anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia (ANM) di sini hari ini.
Dalam pada itu beliau turut menekankanpenting untuk memastikan warisan ASEAN dipelihara dengan baik.
"Walaupun negara anggota berbeza sejarah, budaya, bahasa dan agama, kita memilih jalan kerjasama dan persefahaman. Muafakat dan hormat-menghormati membuktikan bahawa kepelbagaian bukan penghalang kepada perpaduan, malah menjadi sumber kekuatan."jelas beliau
Terdapat sejumlah 2,935 bahan arkib menggunakan kata kunci (keyword) ASEAN yang boleh diakses melalui sistem COMPASS Arkib Negara
Malaysia juga mencatat kejayaan antarabangsa apabila pencalonan bersama dengan Indonesia, Singapura dan Thailand, The Birth of ASEAN: The Archives of ASEAN Formation 1967–1976, didaftarkan sebagai UNESCO Memory of the World International Register pada April 2025.