Raja Permaisuri Agong berkenan ziarah keluarga Irene

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

BATU PAHAT, 5 Oktober – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menziarahi keluarga Allahyarham, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal di Kampung Selamat, Yong Peng, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor turut mengiringi Seri Paduka semasa pertemuan.
  • Pertemuan dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan tahlil yang dipimpin Mohd Fauzi Bachok, Kadi Daerah Batu Pahat.
  • Seri Paduka mengurniakan sumbangan peribadi serta memberi kata-kata semangat kepada bapa dan nenek Allahyarham.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut mengiringi Baginda, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

“Pertemuan dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan tahlil yang dipimpin oleh Mohd Fauzi Bachok, Kadi Daerah Batu Pahat.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi bagi membantu meringankan beban keluarga, di samping memberikan kata-kata semangat kepada bapa Allahyarham, Mohd Khairool Faisal Khyar dan nenek, Jameyah Rabani serta keluarga.

“Pertemuan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama keluarga Allahyarham berlangsung selama hampir sejam,” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.