Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah serlah nilai kemanusiaan, keinsanan

Pemulihan berkesan perlu mengimbangi teknologi dan nilai kemanusiaan

IPOH, 16 Jun – Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah simbol harapan baharu kepada pesakit kecederaan serius, strok dan hilang upaya untuk kembali menjalani kehidupan lebih ‘bermaruah’.

RINGKASAN BERITA AI
  • Titah Sultan: kecederaan bukan noktah hidup, tetapi permulaan pemulihan dan kebangkitan semula.
  • Negara perlu ukur kemajuan termasuk pembangunan insan dan program sosial memberi peluang kedua.
  • Pemulihan berkesan mesti seimbang antara teknologi dan nilai kemanusiaan untuk pulih fizikal, emosi dan keyakinan.
  • Sokongan pelbagai pihak penting; singkirkan stigma, anggap mereka sebahagian keluarga besar masyarakat Malaysia.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah kecederaan atau kehilangan upaya tidak wajar dianggap noktah kehidupan seseorang, sebaliknya permulaan kepada pemulihan dan kebangkitan semula.

“Kemajuan negara bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal dan ekonomi, tetapi turut merangkumi pembangunan insan yang lebih menyeluruh.

“Program-program sosial yang dilaksana untuk memelihara serta menyediakan peluang kedua,”titah Baginda ketika merasmikan Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah.

Baginda turut bertitah, pemulihan berkesan perlu mengimbangi teknologi dan nilai kemanusiaan agar pesakit bukan sahaja pulih secara fizikal, tetapi juga dari segi emosi dan keyakinan diri.

“Usaha-usaha yang dilaksana pusat ini akan lebih berkesan dengan sokongan pelbagai pihak. Budaya memandang individu yang mengalami kecederaan atau tidak keupayaan, sebagai beban perlu ditolak. Jangan sisihkan mereka kerana mereka juga sebahagian daripada keluarga besar masyarakat Malaysia,”titah Sultan Nazrin Shah.

Pusat itu yang dibangunkan dengan fasiliti berteknologi robotik dan kecerdasan buatan menyediakan 151 jenis perkhidmatan rehabilitasi komprehensif bagi membantu proses pemulihan pesakit secara menyeluruh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.