fb fb fb fb fb

Projek naik taraf jalan kuala Terengganu - Gua Musang dijangka siap tahun 2027

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 15 Januari - Isu kerosakan jalan dan kesesakan lalu lintas yang membelenggu pengguna jalan raya dari Kuala Terengganu ke Gua Musang bakal berakhir.

Projek menaik taraf jalan yang bermula pada Mac itu dikendali Jalur Hidayah Sdn Bhd yang kini bernaung di bawah Pertubuhan Perkemas Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jalur Hidayah Sdn Bhd, Azmizan Abd Kadir, projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.

"Pada fasa pertama projek ini, kami akan menaiktaraf jalan raya sepanjang 55 kilometer. Perkemas yakin melalui Jalur Hidayah berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami sudah berjaya laksana projek pembangunan bercampur di Perlis. Ketika ini kami dalam peringkat awal pelaksanaan projek pembangunan bercampur di Bentong, Pahang."

"PERKEMAS komited dalam melaksanakan projek tersebut dalam usaha merealisasikan pembangunan infrastruktur yang lebih baik dan selamat di seluruh negara.

"Kami juga sudah meneliti keadaan jalan yang perlu ditambah baik dari segi ciri keselamatannya. Kami yakin projek ini akan memudahkan dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

"Selepas dinaiktaraf, tiada lagi isu jalan rosak yang membahayakan pengguna dan kesesakan lalu lintas khususnya menjelang musim perayaan, " katanya demikian pada sidang media Projek Pembangunan Lebuhraya dari Kuala Terengganu ke Gua Musang di ibu negara

Turut hadir, Presiden PERKEMAS Malaysia, Datin Nur Munirah Abdul Manap.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD