Hanya 0.1 hektar kawasan Hutan Simpan Samunsam masih terbakar

Operasi ditangguhkan dan akan disambung semula esok/Foto JBPM

LUNDU, 23 Ogos – Operasi pemadaman kebakaran Hutan Simpan Samunsam di sini yang masuk hari keempat berjaya memadamkan kawasan seluas 0.1 hektar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi pemadaman ditangguhkan pada pukul 4.30 petang dan akan disambung semula esok.
  • Operasi menggunakan peralatan pemukul api dan penyembur racun sandang, dua unit JBPM serta Sarawak Forestry Corporation.
  • Kebakaran bermula Khamis lalu melibatkan kawasan seluas 2.0 hektar, lapan anggota BBP Lundu dibantu SFC dan IBET.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan operasi yang ditangguhkan pada pukul 4.30 petang tadi akan disambung semula esok.

“Hanya berbaki 0.1 hektar kawasan masih lagi terbakar.

“Operasi hari ini menggunakan peralatan pemukul api dan penyembur racun sandang dengan dua unit digunakan oleh JPBM serta Sarawak Forestry Corporation (SFC),”menurut kenyataan.

Lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu telah dibantu anggota SFC dan IBET.

Huran Simpan Samunsam terbakar sejak Khamis lepas melibatkan kawasan seluas 2.0 hektar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.