
BEIJING, 24 Ogos – Robot humanoid buatan China, ‘Tiangong’, mencipta rekod baharu dalam acara larian 400 meter pada Ahad dengan catatan masa 38.15 saat pada Kejohanan Dunia Robot Humanoid di Beijing.
- Sehari sebelum itu Tiangong memecahkan rekod dunia manusia 400m dengan 39.7 saat, mengatasi rekod Wayde van Niekerk 43.03 saat.
- China menjadikan robot humanoid sebagai salah satu industri strategik yang sedang berkembang.
- Pembuat dasar dan syarikat yakin kemajuan AI dan perkakasan akan mempercepat penggunaan dalam pembuatan, logistik dan aplikasi pengguna.
- Minat pelabur jelas apabila saham Unitree melonjak lebih lima kali ganda pada hari pertama dagangan di Shanghai, memberi nilai pasaran kira-kira AS$50 bilion.
Rekod terbaharu itu dicipta sehari selepas Tiangong memecahkan rekod dunia manusia bagi acara sama pada Sabtu, apabila mencatat masa 39.7 saat, sekali gus mengatasi rekod pelari Afrika Selatan, Wayde van Niekerk, iaitu 43.03 saat.
China kini menjadikan robot humanoid sebagai salah satu industri strategik yang sedang berkembang.
Pembuat dasar dan syarikat yakin kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI) serta perkakasan akan mempercepatkan penggunaannya dalam sektor pembuatan, logistik dan aplikasi pengguna.
Minat pelabur terhadap sektor berkenaan turut terserlah pada awal minggu ini apabila saham Unitree iaitu pengeluar robot humanoid terkenal China, melonjak lebih lima kali ganda pada hari pertama dagangan di Shanghai, Rabu lalu.
Lonjakan itu memberikan syarikat berkenaan nilai pasaran kira-kira AS$50 bilion.-REUTERS