Iran berdepan ‘perang’ ekonomi, ketenteraan dan keselamatan habis-habisan – Presiden

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian/ AFP

TEHRAN, 24 Ogos – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, berkata negaranya kini berdepan ‘perang habis-habisan’ dalam bidang ekonomi, ketenteraan dan keselamatan dengan pihak yang dianggap sebagai musuh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran akan terus bertahan menghadapi tekanan AS sambil cuba memenuhi keperluan rakyat.
  • Kerajaan berusaha mengurangkan inflasi dan menyelesaikan masalah ekonomi rakyat.
  • Menteri Luar kata AS tiada pilihan selain berunding secara hormat dan operasi ekonomi AS dianggap taktik berulang.
  • AS dan Iran tandatangan MoU 18 Jun untuk menamatkan perang serantau; rundingan 60 hari, hala tuju masih kabur.

“Walaupun berdepan tekanan Amerika Syarikat (AS), Iran akan terus bertahan dan berusaha memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi perang yang tidak seimbang itu, katanya dalam ucapan yang disiarkan televisyen pada Ahad.

Beliau berkata kerajaan turut berusaha untuk mengurangkan inflasi dan menyelesaikan masalah ekonomi rakyat.

Sementara itu, Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi, berkata Amerika Syarikat tiada pilihan, selain berunding dengan rakyat Iran secara hormat.

Beliau menyifatkan operasi ekonomi terhadap Iran yang diumumkan Presiden AS, Donald Trump, sebagai taktik berulang dan bentuk tekanan yang sering digunakan dalam dasar AS.

Sebelum ini, Trump menerusi Truth Social mengumumkan operasi ekonomi paling dahsyat terhadap negara yang didakwa memberikan sokongan kepada Iran.

“Ia akan menjadi perang ekonomi dan pengasingan yang belum pernah berlaku”, katanya.

Pada 18 Jun lalu, AS dan Iran menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menamatkan perang di rantau itu dalam semua bidang, termasuk di Lubnan.

Kedua-dua negara dijadual mengadakan rundingan dalam tempoh 60 hari bagi mencapai perjanjian muktamad. Bagaimanapun, hala tuju rundingan itu masih tidak jelas susulan peningkatan ketegangan antara kedua-dua negara bulan lalu.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.